Karnival ni berlangsung pada 24 oktober 2009 yang lalu….
Karnival ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar2 institut
Akan pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan bilik kediaman a.k.a asrama... di samping itu, aktiviti ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga institut...
Antara aktiviti yang dianjurkan semasa karnival ialah...
1/ asrama terbuka...
2/ pertandingan ’game’ indoor dan outdoor antara blok kediaman...
Asrama terbuka
Aktiviti ni melibatkan lawatan pelajar perempuan ke blok kediaman lelaki dan sebaliknya....
Mungkin tujuan utama aktiviti ni diadakan adalah untuk memastikan pelajar mengemas dan menceriakan bilik masing-masing... mestilah nak kemas kan?... dah orang datang melawat... ada jg yang kata asrama terbuka ni kira ’hari hipokrit’... sebab ada orang yang biasanya bilik bersepah, tiba2 jadi bilik yg cantik...transformasi la konon...but bukan diri ini ya... bilik tetap dalam keadaan seperti biasa... xda hiasan pun... yang penting bagi diri ialah kemas dan teratur.... kalau semak dengan hiasan pun tak besh jg kan...hehe..
Pertandingan game indoor
Pertandingan ada beberapa jenis antaranya batu seremban, game counter strike, game hangaroo, dart dan karom... tp diri tak join satu pun... hehe...malas la...
Pertandingan game outdoor
Yang ni besh... ada sukaneka, music chair dan tarik tali.... bagi sukaneka, blok kediaman diri dapat no.3... music chair dapat no.2... tarik tali pula, dapat johan… memang kuat2 penarik tali blok G… hehe…
Kat bawah ni gambar-gambar semasa hari karnival kolej kediaman....
Ni time tolong makcik2 memasak untuk jamuan perasmian
Pelbagai ekspresi muka yang dibuat oleh kawan2 diri ni.. yang depan dan tengah tu comel.. kawan sorang tu pulak serius je muka dia...
Sebelum p padang... kawan2 sempat lagi main basikal... suka jg tgok...tp x pandai la... dah lama x main basikal...huhu
Keceriaan jelas terpancar di wajah....
Posing punya pasal... nasib baik x jatuh dalam kolam...
Semua dah penat pose... tu la lari bila kena gambar....
Bintang kehidupan....
Ni peserta sukaneka dari blok G... tolong-menolong kan amalan mulia.. tp dalam kes ni?? Sendiri faham la kan....
Ni la aksi yang paling besh... kawan sorang ni sedang berjuang untuk kemenangan blok G... Chaiyo!
Tiup pun tiuplah..... yang penting dapat ambik ’ChewingGum’ tu... tiap stesen kena tiup tepung… tp ni bukan gambar diri tau….;-)
Diriku di kejauhan.... tengah tengok aktiviti music chair... malas nak tengok dari dekat….
Aktiviti kemuncak…kuatnya kawan dua orang ni…
0 Comments:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama










