Blogger Template by Blogcrowds

.

mummy

Ibu…

Orang kata aku lahir dari perut ibu…

Bila dahaga, yang susukan aku…ibu

Bila lapar, yang suapkan aku…ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku…ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut..MA!

Bila bangun tidur, aku cari ibu…

Bila nangis, orang pertama yang datang…ibu

Bila nak bermanja, aku dekati…ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…ibu

Bila nakal, yang memarahi aku…ibu

Bila merajuk, yang memujukku cuma ibu..

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…ibu

Bila takut, yang tenangkan aku…ibu

Bila nak peluk, yang aku suka peluk…ibu

Aku selalu teringatkan ibu..

Bila sedih, aku mesti telefon ibu…

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…ibu

Bila bengang, aku suka luah pada ibu…

Bila takut, aku selalu panggil ibu…

Bila sakit, orang yang paling risau adalah ibu…

Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga ibu…

Bila merajuk, yang datang pujuk aku jg ibu…

Bila buat hal, yang marah aku dulu…ibu

Bila ada masalah, yang paling risau…ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini…ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang aku…ibu

Yang selalu berleter kat aku…ibu

Yang selalu puji aku…ibu

Yang selalu nasihat aku…ibu

Bila nak kahwin, orang pertama aku rujuk…ibu

Kini aku ada pasangan hidup sendiri…

Bila seronok, aku cari pasanganku..

Bila sedih, aku cari ibu..

Bila berjaya, aku ceritakan pada pasanganku..

Bila gagal, aku ceritakan pada ibu..

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku..

Bila berduka, aku peluk erat ibu..

Bila bercuti, aku bawa pasanganku..

Bila sambut Valentine, aku berikan hadiah pada pasangan ku..

Bila sambut Hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu..

Selalu…aku ingat pasanganku..

Selalu…ibu ingat kat aku..

Bila..bila..aku akan telefon pasanganku..

Entah bila aku nak telefon ibu…

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku..

Entah bila aku nak belikan hadiah untuk ibu…

Hingga saat ini….

Ibu tidak pernah merungut pada ku…..

Ibu tidak pernah meminta pada ku….

Ibu…kaulah ratu hati ku….


Pimpinlah tangan ibu semasa ibu masih boleh berjalan bersama-sama

Renunglah mata ibu semasa ibu masih lagi boleh melihat

Berbuallah dengan ibu semasa ibu masih lagi boleh mendengar

Berilah ucap SAYANG kepada ibu semasa ibu masih lagi boleh mendengarnya…



-dipetik drp Jabatan Perkhidmatan Psikologi-

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama