Blogger Template by Blogcrowds

.


Tak lama lagi Hari Raya....
tak sabar tunggu hari jumaat ni nak balik rumah...
baju raya pun dah siap...tahun ni baju raya saya warna petronas..hehe...
(peacock blue)... kuih raya semua beli je kat kedai...sekarang ni semua "kuih tunjuk' je...hehe...malas nak buat lagi pun takda masa lagi....

ketupat dan rendang je la yang masak sendiri...tu pun
bapa yang masak...hehe...memang bapa chef kat rumah..mama? mama jadi assisstant...ketua bahagian kemas rumah...saya dan adik2 pula biasala jadi ajk2 kecil...

persiapan raya kat rumah tu xtau lagi macam mana...maklumlah saya skrg ni jauh di negeri orang...tu la
tak sabar nak balik...;-p

kepada kawan2 yang baca post saya ni...selamat hari raya saya ucapkan...
mohon maaf sekiranya pernah menyakiti hati kalian...k..

dengan ingatan tulus ikhlas......
maaf zahir batin....

yang belang2 ni namanya Tabby....lepas cuti sekolah hari tu dia menghilang....ntah ke mana....


yg putih bersih ni Snow...masa jumpa dia dulu, dia masih belum pandai jalan lg...dia dah mati sebab sakit...

yang gemok ni 'Bedah".....kucing paling gemok kat kampus.. tp dah takda lagi......;-(




yang dua ekor kat atas ni 'ibu' dan 'anak'... yg 3 warna tu mak... yg hitam putih belang2 tu anak dia... skrg yg mak tu dah jadi nenek.... coz anak dia dah ada 9 ekor anak dah sekarang (anak generasi pertama 3 ekor - dlm gmbr kat atas)... tp semuanya liar... nampak org mcm nampak hantu...hehe...




salam....

sebagai seorang pencinta kucing, gembira je rasa bila nak tulis tentang kucing ni... menurut ensiklopedia bebas (wikipedia), Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.


kucing ni memang haiwan yang jinak...seronok bila ada kucing...dapat release tension bila tengok gelagatnya...kat rumah saya ada dua ekor kucing... dulu ada 3...sekor dah hantar kat kampung sebab dia gaduh ngan yang sekor lagi...terpaksa pisahkan mereka..yang tinggal sekarang ni Radi dan Kecil...dua2 kaler hitam putih...teringat lagi sejarah radi dan kecil ni... mereka ni sebenarnya kucing jiran saya...tp jiran saya tu tak suka sebab kucing ni berak merata2...jadi dia buang lah kat masjid...(hmm...mcm kes buang bayi jg...) kebetulan masa tu adik saya baru balik dari sekolah agama berhampiran masjid... dia bawa la 3 ekor anak kucing tu dalam beg sekolah dia... dah sampai rumah, mama kesian betul tengok anak kucing tu...jadi mama pun buat keputusan untuk pelihara ketiga-tiga anak kucing tu...seminggu pertama kat rumah Radi, Kecil dan Sayang demam...mama bawa mereka pergi Veterinar...dah kena suntik n bagi makan ubat, akhirnya mereka semua sembuh...pastu bagi mereka makan frieskies....sekarang semua dah gemok2.. mereka buang air pun kat toilet...taklah tension sangat jaga Radi dan Kecil ni.. cuma Radi ni tak mesra kucing, pantang nampak kucing lain terus kembang bulu...(nak gaduh la tu...)... Kecil pulak sentimental sket..bunyi mengiau pun jarang dengar...hehe....macam2 telatah kucing2 ni...



sekarang ni saya tinggal kat asrama....banyak dah kucing yang saya jumpa kat sini...dah macam2 nama diberi ngan kucing2 liar kat sini.. ada Snow (tp dah mati....sebab sakit....)...ada Tabby (tp dah hilang ntah ke mana...) ada Tommy (tp dah di bawa balik oleh kawan ke kampung dia....)... ada Tom (yg ni mcm rupa Radi tp masih kitten lg...suka main ngan dia tp dia selalu bersin je...takut jg dia ada penyakit....)...ada Gendut (ni ketua segala kucing kat asrama...asrama ni mcm dia punya...bila2 je dia datang terngiau2....lepas makan terus tido....)...kat belakang asrama tu pulak ada 7 ekor lagi kucing....sekor tu mak dia...mula2 dia beranak 3 ekor...lepas 3 ekor tu dah 'remaja', mak kucing tu beranak lagi 3 ekor....seronok tengok kucing2 tu berkumpul... semua comel2...tp liar...takut ngan orang...kadang2 saya try juga p kejar kucing2 tu...tp semua lari...

apapun bila dah keja nanti...saya nak pelihara banyak kucing....nak sedia 'rumah' untuk kucing2 jg...doakan semoga impian saya ni tercapai ye kawan2....nak p keluar asrama dulu...p jenguk2 kucing kat luar tu...;-p




salam utk pembaca yg membaca post d blog saya ni....

kenal ngan kumpulan ST 12 tak? saya suka sangat ngan band st 12 ni.. sebab saya ni memang suka lagu2 indon... lebih2 lg suara penyanyi nya memang sedap didengar...dari pembacaan saya tentang kumpulan ni,nama st 12 ni berasal dari nama tempat studio ayah pepep (pemain drum kump St12) yang terletak di Jalan Stasiun Timur No. 12, bandung...dulu kumpulan st 12 ni ada 4 orang....tp seorang daripada mereka iaitu allahyarham Iman Rush telah kembali ke Rahmatullah kerana pembuluh darah di otaknya pecah...kini kumpulan st 12 hanya tinggal 3 orang saja...charly, pepep dan pepeng...

sejak dengar lagu p.u.s.p.a dari kumpulan ni, saya terus mencari lagu2 lain mereka...kini semua lagu kumpulan ni saya dah download...kawan2 yg belum dengar lagu2 st12 ni, dengar2 la...hehe...
antara lagu yang saya suka dengar: puspa, aku masih sayang, kebesaran Mu, cari pacar lagi, saat terakhir, puteri iklan dan saat kau jauh..yang terbaru ni st 12 menyanyikan semula lagu Isabella yang dipopularkan oleh amy search suatu masa dulu...tp dalam versi dan rentak mereka sendiri...lagu ni pun best jg...walaupun liriknya masih sama, tapi rentaknya lebih ceria...

;-)

Hurairah?... cantik kan nama ni...mungkin ada yang tak tahu maksud 'hurairah' ni.. bg yang tahu, mesti rasa pelik kenapa agaknya saya pilih nama ni kan...hurairah ni sebenarnaya berasal dari perkataan arab "hurairatun" yg bermaksud anak kucing.. saya sengaja pilih nama ni sebab saya ni pencinta kucing..

teringat pula dgn periwayat hadis yg terkenal...Abu Hurairah...beliau pun memilih nama hurairah sebab terlalu gemarkan kucing...

apepun blog ni saya wujudkan bukanlah untuk cerita tentang kucing semata2, tetapi untuk berkongsi minat dan pendapat dengan rakan2 di alam maya ni..

kalau nak diceritakan tentang diri saya ni...seminggu cerita pun tak habis...hehe... kalau di alam realiti saya ni bukanlah seorang yg 'talkative'...saya ni boleh lah dikategorikan dlm kumpulan pemalu..hihi;-) tp kat alam maya ni saya suka jg berkawan...just 'taip' dan 'enter' je kan.. taklah susah sangat pun...kalau nak bercakap face 2 face tu kurang sikit la..kecuali ngan orang yang dah kenal lama...

hmm...taknak la cerita pasal diri sendiri lg...sebenarnya tengah fikir2 lg ni...nak post cerita pasal apa ye...kalau kawan2 ada idea, sumbang2 kan la....;-p...

"Jangan biarkan orang lain lebih tahu tentang dirimu..bekerjalah dengan senang hati dan dengan ketenangan jiwa, yang akan membuat kamu menyedari, bahawa visi fikiran yang benar akan mendatangkan hasil yang benar!" - James Allen -

Catatan Terbaru Laman utama