sebagai seorang pencinta kucing, gembira je rasa bila nak tulis tentang kucing ni... menurut ensiklopedia bebas (wikipedia), Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
kucing ni memang haiwan yang jinak...seronok bila ada kucing...dapat release tension bila tengok gelagatnya...kat rumah saya ada dua ekor kucing... dulu ada 3...sekor dah hantar kat kampung sebab dia gaduh ngan yang sekor lagi...terpaksa pisahkan mereka..yang tinggal sekarang ni Radi dan Kecil...dua2 kaler hitam putih...teringat lagi sejarah radi dan kecil ni... mereka ni sebenarnya kucing jiran saya...tp jiran saya tu tak suka sebab kucing ni berak merata2...jadi dia buang lah kat masjid...(hmm...mcm kes buang bayi jg...) kebetulan masa tu adik saya baru balik dari sekolah agama berhampiran masjid... dia bawa la 3 ekor anak kucing tu dalam beg sekolah dia... dah sampai rumah, mama kesian betul tengok anak kucing tu...jadi mama pun buat keputusan untuk pelihara ketiga-tiga anak kucing tu...seminggu pertama kat rumah Radi, Kecil dan Sayang demam...mama bawa mereka pergi Veterinar...dah kena suntik n bagi makan ubat, akhirnya mereka semua sembuh...pastu bagi mereka makan frieskies....sekarang semua dah gemok2.. mereka buang air pun kat toilet...taklah tension sangat jaga Radi dan Kecil ni.. cuma Radi ni tak mesra kucing, pantang nampak kucing lain terus kembang bulu...(nak gaduh la tu...)... Kecil pulak sentimental sket..bunyi mengiau pun jarang dengar...hehe....macam2 telatah kucing2 ni...
sekarang ni saya tinggal kat asrama....banyak dah kucing yang saya jumpa kat sini...dah macam2 nama diberi ngan kucing2 liar kat sini.. ada Snow (tp dah mati....sebab sakit....)...ada Tabby (tp dah hilang ntah ke mana...) ada Tommy (tp dah di bawa balik oleh kawan ke kampung dia....)... ada Tom (yg ni mcm rupa Radi tp masih kitten lg...suka main ngan dia tp dia selalu bersin je...takut jg dia ada penyakit....)...ada Gendut (ni ketua segala kucing kat asrama...asrama ni mcm dia punya...bila2 je dia datang terngiau2....lepas makan terus tido....)...kat belakang asrama tu pulak ada 7 ekor lagi kucing....sekor tu mak dia...mula2 dia beranak 3 ekor...lepas 3 ekor tu dah 'remaja', mak kucing tu beranak lagi 3 ekor....seronok tengok kucing2 tu berkumpul... semua comel2...tp liar...takut ngan orang...kadang2 saya try juga p kejar kucing2 tu...tp semua lari...
apapun bila dah keja nanti...saya nak pelihara banyak kucing....nak sedia 'rumah' untuk kucing2 jg...doakan semoga impian saya ni tercapai ye kawan2....nak p keluar asrama dulu...p jenguk2 kucing kat luar tu...;-p
0 Comments:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

