Blogger Template by Blogcrowds

.

hmmm... susah jg bila berjauhan dari si dia dan juga family... lebih-lebih lg bila nak urus tentang hal pertunangan ni... semua melalui 'call'... stakat ni persiapan baru 60% rasanya... baju utk majlis pertunangan pun belum siap lg.. wait for my dear kak bunny siapkan..hee...dia janji nak sponsor baju coz dia x dpt dtg... tentang barang2 hantaran hampir semua dah dibeli cuma ada beberapa lagi yg x dapat disiapkan awal2 ni... cthnya sirih junjung, coklat dan kek... tp sirih junjung dah tempah kat florist d Labuan, so x perlu risau pasal tu.. yg merisaukan sy skrg ni ilah tentang persiapan majlis tu nanti... dahla buat kat kampung... kesian pulak kat makcik2 d kampung kena tolong preprare sebab saya balik kampung 2 hari sebelum majlis... huh.. rasa mcm kelam kabut saja..tp ape nak buat... ayah saya hanya dpt cuti masa tu je... dia kena p outstation.... sabar je la...

lantaran hidup bersendirian kat sini, saya try la buat mix n match... taknak belanja lebih utk majlis tunang ni.. baju dah ada sponsor...so sy kena prepare utk tudung... sy cadang nak pakai baju putih dan tudung pink... mcm puteri islam...tp xpe.. sama ngan warna hantaran sy..putih silver... sooo...sy pn try2 la match kan tudung pink yg saya ada ni ngan selendang putih... rasanya ok jg...;-)


                                    rasanya sesuai jg kan tudung pink dgn baju putih dgn selendang putih....;-)

                                                               testing2 one two three,,... ;-)

salam all..
bukan sepi tanpa berita cuma sejak di 'posting'kan ke kawasan pedalaman 1 ni, line broadband tak elok sangat... tp syukurlah dlm minggu ni dah upgrade dah line celcom...;-) dapat la update selalu...

bukan senang bila dah bergelar guru... kerja bukan setakat d bilik guru, dah balik rumah pun masih banyak yang perlu dibuat.,.. fizikal dapat rehat, tp mental asyik berfikir macam mana nak mengajar dengan baik...

dalam empat bulan kat sekolah ni saya dah dapat menyesuaikan diri...alhamdulillah...
















artikel ni kira tazkirah la untuk pembaca2.. kita sebagai manusia tidak harus bermusuh sesama sendiri.. sebaliknya kita hendaklah saling membantu dan menasihati ke arah kebaikan..




Islam merupakan agama berbaik2. Tiada satupun dalam Islam menyuruh kita bermusuh2an melainkan dlm keadaan tertentu.
Dlm dunia skrang, pelbagai karenah kita lihat dlm hubungan manusia sesama manusia.
Gaduh di sana sini. Tak bertegur sapa terutama sesama Islam.
Oleh yg demikian, saya nak ambil kesempatan ini utk membawa beberapa hadis yg berkaitan dgnnya.
Semoga kita mengetahui dan mengelakkan sebarang yg Allah benci.
Seluruh umat Islam harus bersatu dan bergerak dlm barisan yg sama.
Umat Islam mesti mempunyai satu nada yakni nada yg Allah dan Rasulullah telah ajarkan kpd kita.
Bukankah Nabi SAW telah mengajarkan kita untuk hidup saling berganding bahu dan tolong menolong terutama sesama Islam.
Perpaduan umat Islam haruslah kita pelihara.

Oleh yg demikian hendaklah jauhi dr persengketaan sesama manusia.
Kerana telah sepakat jumhur ulama mengatakan haram hukumnya bagi seseorang muslim itu
tidak menegur sapa di antara satu yg lain bersandarkan beberapa hadis shahih.
Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda :
Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dr 3 mlm,
maka siapa yg memulau lebih dr 3 mlm, lalu mati masuk kedalam api neraka.



Tidak dihalalkan bg seorang muslim memulau saudaranya lebih dr 3 mlm,
sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yg terbaik di antara keduanya ialah
yg mendahului memberi salam. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.

Mengambil faham dari hadis di atas, ulama telah sepakat mengatakan memberi salam itu penghapus dosa pemulauan.

Dalam hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda :
Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis,
maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap org yg tidak mempersekutukan Allah dgn sesuatu apapun,
kecuali pada org yg masih be sengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat,
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.

Didalam hadis di atas Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah telah befirman dgn mengulangi ayat
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai sebyk 3 kali. Disitu Allah ingin menekankan kepada hambanya
bahwa Allah amat memurkai org Islam yg tidak bertegur sapa di antara satu dan lain.

Walaupun demikian sekiranya, salah seorang telah mengambil langkah utk memberi salam ataupun
memohon maaf sedangkan pihak yg lain tidak ingin menerima salamnya,
maka teampunlah org yg memberi salam tetapi bagi org yg menolakknya kekallah dlm kesesatan dan hasutan syaitan. Nauzubillah.

Rahsia Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama